Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Mengumpul maklumat musuh dalam Mobile Legends

Maklumat mengenai pasukan musuh mampu mengubah arus perperangan. Lebih banyak maklumat yang kita perolehi lebih mudah untuk pasukan anda untuk melakukan serangan balas terhadap pasukan lawan. Sekiranya maklumat yang diperolehi pula sedikit, maka sedikitlah pilihan kaedah menewaskan musuh. Post ini akan menerangkan kaedah-kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengumpul maklumat pasukan lawan dan menggunakannya untuk menumbangkan mereka. Terdapat banyak jenis maklumat yang boleh diperolehi daripada pihak lawan semasa bermain. Yang paling asas ialah kedudukan atau lokasi hero-hero musuh di atas peta. Cara memperolehi maklumat ini ialah dengan merujuk peta mini yang berada di penjuru atas sebelah kiri skrin permainan. Sekiranya mana-hero musuh berada berdekatan dengan unit pasukan anda sama ada hero atau minion, icon mereka akan tertera di peta mini. Namun musuh yang tidak berada dalam jarak penglihatan unit pasukan anda tidak akan muncul di peta mini. Namun begitu, anda boleh melakukan se

Masalah hero kaku dan langsung tidak boleh bergerak pada permulaan permainan dalam Mobile Legends

Pelbagai masalah telah saya alami selama saya bermain Mobile Legends. Salah satu masalah yang selalu saya hadapi ialah hero saya tidak boleh bergerak langsung ketika perlawanan bermula selepas selesai skrin loading. Hero saya cuma berdiri di dalam base dan saya tidak dapat menggerakkannya malah menggunakan skill. Langsung hilang kawalan terhadap hero saya. Pada mulanya saya cuma tunggu sahaja. Tunggu yang sangat lama sehingga saya hilang sabar dan menutup dan membuka semula Mobile Legends. Selepas itu, kembali ke menu utama dan menerima notis amaran kerana AFK. Seterusnya saya mengalami masalah serupa dan saya putuskan untuk segera membuka semula Mobile Legends tanpa membuang masa menunggu lama seperti sebelumnya. Setelah game dibuka semula, di skrin utama terpapar tulisan biru mengatakan permainan disambung semula dan beberapa saat selepas itu muncul skrin loading dan tidak lama selepas itu saya masuk semula ke dalam perlawanan dan akhirnya saya dapat mengawal semula hero saya.

Jadikan komuniti Mobile Legend lebih kurang toksik

Mobile Legend kini mempunyai komuniti yang sangat besar dan semakin berkembang. Komuniti yang besar ini semestinya merangkumi pemain daripada pelbagai negara dan budaya. Oleh itu, sudah pasti terdapat perbezaan sama ada budaya dan cara pergaulan. Namun itu bukan alasan untuk para pemain bermain secara aman dan harmoni. Isu yang paling kerap didengari ialah isu berkenaan pemain yang kurang adab semasa bermain. Adab dalam tutur kata khususnya. Saya juga tidak terkecuali daripada berjumpa pemain seperti ini. Sehingga saya juga turut terjebak. Masalah ini boleh dikatakan berjangkit dikalangan pemain dan merebak serata komuniti Mobile Legends. Sememangnya perkara ini tidak bagus untuk imej komuniti Mobile Legends dan imej pemain itu sendiri. Orang lain akan memandang serong terhadap pemain game ini termasuk pemain yang tidak berkelakuan demikian. Jadi disini saya mahu meminta para pemain sama-sama mengubah sikap kepada lebih baik. Kurangkan dan seterusnya elakkan tabiat mem

War dalam Mobile Legends: Bunuh siapa dulu??

War dalam Mobile Legends: Bunuh siapa dulu?? Dalam Mobile Legend, membunuh hero musuh itu perlu untuk menjamin kemenangan. Namun begitu, sekadar membunuh membuta tuli tidak semestinya membantu pasukan anda untuk menang terutamanya semasa pertembungan beramai-ramai atau sering digelar ‘war’. Semasa berlaku war, selalunya kesemua ahli pasukan kedua pihak akan turut serta.  War sering dimulakan oleh salah satu atau beberapa hero yang kemudian diikuti ahli pasukan selebihnya. Dalam kucar kacir perang, pihak yang lebih focus dan mempunyai sasaran yang tepat pasti akan menang. Apa yang saya maksudkan ialah pasukan tersebut menyasarkan hero yang betul dan sepatutnya dibunuh dahulu sebelum yang lain. Hero yang betul? Yup, dalam masa war pun perlu ada sasaran yang betul. Secara ringkas, pasukan haruslah member keutamaan kepada hero musuh yang paling tinggi kadar damagenya iaitu hero berperanan Attack Damage Carry (ADC) atau pelaku damage. Jenis hero dalam kategori ini ialah mark

Kepentingan komunikasi dan CHAT dalam Mobile Legends

Selain skill, barang yang betul dan hero yang betul, komunikasi yang betul juga mampu memberikan impak besar dalam permainan anda dan pasukan anda. Komunikasi amat penting kerana dengan berkomunikasi, pelbagai maklumat penting dapat disebarkan sesama ahli pasukan. Menyampaikan maklumat juga mungkin dapat mengelamatkan ahli pasukan anda daripada diserang hendap oleh musuh. Terdapat 3 cara untuk berkomunikasi dengan ahli pasukan. Pertama ialah menggunakan peta untuk memberi alert kepada ahli pasukan. Anda boleh melakukan ini dengan menekan butang bertanda seru(!) dibawah peta. Butang ping map. Selepas itu peta akan menjadi besar sedikit. Peta besar dibuka untuk ditanda beserta icon hero musuh disebelah yang juga boleh ditekan untuk ditanda. Daripada sini, anda boleh tekan atas peta mana-mana kawasan diatas peta dan kemudian satu alert akan ditandakan dipeta setiap ahli pasukan beserta bunyi isyarat alert anda tadi. Map ping penanda bebas di peta kelihatan. Selain i

UBAT KUAT dalam Mobile Legends!

Ubat kuat dalam ML?! Untuk memperkasakan hero dalam ML pembelian barang-barang adalah harus. Namun tahukah anda selain daripada membeli senjata dan perisai, untuk menambah kekuatan hero anda dengan membeli ubat-ubat penguat atau dipanggil potions . Kebanyakan perlawanan yang teah saya sertai, dilihat sangat jarang para pemain menggunakan potions ini. Mungkin para pemain tidak sempat untuk membeli atau mungkin juga tidak tahu tentang kewujudan potions ini. Baik, dalam post kali ini saya akan menjelaskan serba sedikit tentang potions yang boleh anda beluntuk lebih menguatkan hero anda. Terdapat 3 jenis potions disediakan. Setiap satu member kesan dan penambahan kekuatan berbeza. 1.        Power Potion Maklumat Power Potion: -           +30 physical attack -           +5% physical lifesteal Potion ini memberi manfaat untuk hero yang menyerlah melalui serangan fizikal seperti Alucard, Saber dan Roger. Jenis-jenis hero yang sesuai menggunakan power potion ialah f

Cadangan formasi dan strategi asas dalam Mobile Legend

Strategi dan formasi adalah antara kunci utama untuk mencapai kemenangan menentang musuh. Pasukan yang mempunyai strategi dan formasi yang lebih baik akan mempunyai kelebihan tambahan disamping kemahiran mengendalikan hero masing-masing. Formasi yang kerap digunakan adalah 2-1-2 dan 3-1-1. Nombor tersebut mewakili bilangan hero yang akan mengambil posisi di lorong: ATAS( top lane )-TENGAH( mid lane )-BAWAH( bot lane ). Lorong yang mempunyai satu hero dipanggil solo lane . Manakala lorong yang mempunyai 3 hero dipanggil tri lane dan lorong 2 hero pula duo lane (saya rasa lah). Solo lane selalunya diambil oleh hero yang mempunyai kebolehan untuk bertahan dan kebolehan survival yang bagus seperti tank dan assassin. Tri lane pula sering merangkumi hero jenis tank, support dan mage. Kadang-kadang mage diganti dengan mage. Duo lane pula boleh diisi oleh hero yang mempunyai damage dah crowd control yang bagus. Namun begitu, apa yang dikatakan itu tidaklah semestinya betul unt

Asas Mobile Legend

Mobile Legends (ML) adalah sebuah permainan video jenis Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) 5 vs 5. Permainan MOBA dimainkan dengan para pemain dibahagikan kepada dua pasukan dan setiap pasukan diwakili 5 pemain. Pemenang perlawanan ditentukan apabila salah satu pasukan berjaya memusnahkan teras utama di pengkalan pasukan yang kalah. Contoh permainan MOBA terkenal yang lain seperti DOTA 2 dan League of Legends banyak mempengaruhi asas-asas ML. Secara umumnya, MOBA mempunyai sebuah peta yang terdapat 3 lorong iaitu lorong atas, lorong tengah dan lorong bawah. Setiap lorong dilengkapi 3 aras menara bagi setiap pasukan. Menara-menara ini akan menyerang musuh yang menceroboh lorong kawasan pasukan. Jadi untuk menghampiri dan memusnahkan teras utama musuh dengan lebih mudah, menara-menara tersebut perlu diruntuhkan terlebih dahulu disamping berurusan dengan pemain2 pasukan musuh. Para pemain pula akan berjuang di atas peta tadi dengan mengawal hero pilihan masing-masing. Setiap her