Pelbagai masalah telah saya alami selama saya bermain Mobile Legends. Salah satu masalah yang selalu saya hadapi ialah hero saya tidak boleh bergerak langsung ketika perlawanan bermula selepas selesai skrin loading. Hero saya cuma berdiri di dalam base dan saya tidak dapat menggerakkannya malah menggunakan skill. Langsung hilang kawalan terhadap hero saya. Pada mulanya saya cuma tunggu sahaja. Tunggu yang sangat lama sehingga saya hilang sabar dan menutup dan membuka semula Mobile Legends.
Selepas itu, kembali ke menu utama dan menerima notis amaran kerana AFK. Seterusnya saya mengalami masalah serupa dan saya putuskan untuk segera membuka semula Mobile Legends tanpa membuang masa menunggu lama seperti sebelumnya. Setelah game dibuka semula, di skrin utama terpapar tulisan biru mengatakan permainan disambung semula dan beberapa saat selepas itu muncul skrin loading dan tidak lama selepas itu saya masuk semula ke dalam perlawanan dan akhirnya saya dapat mengawal semula hero saya.
Jadi disini saya harap saya dapat memberi satu jalan penyelesaian sekiranya anda juga menghadapi masalah yang sama dan menyelamatkan anda daripada terus meninggalkan perlawanan dan sekadar menerima notis dan denda kerana AFK tanpa berbuat apa2. Saya juga berharap ini akan dapar mengurangkan kadar AFK dalam komuniti Mobile Legends yang saya lihat semakin bertambah teruk buat masa ini.
Diharap dengan penyelesaian ini akan sedikit sebanyak memberi anda semangat untuk terus menyambung perlawanan dan membantu pasukan untuk memenangi perlawanan walaupun kehadiran anda agak terlewat. Tapi biasalah hero bangkit hujung-hujung cerita bukan? Jadi apa perlu dirisaukan? Dapatkan EPIC COMEBACK!
Harap membantu dan selamat berjuang!!!💪
Comments
Post a Comment