War dalam Mobile Legends: Bunuh siapa dulu??
Dalam Mobile Legend, membunuh hero musuh itu perlu untuk
menjamin kemenangan. Namun begitu, sekadar membunuh membuta tuli tidak
semestinya membantu pasukan anda untuk menang terutamanya semasa pertembungan
beramai-ramai atau sering digelar ‘war’.
Semasa berlaku war, selalunya kesemua ahli pasukan kedua
pihak akan turut serta.
War sering dimulakan oleh salah satu atau beberapa hero
yang kemudian diikuti ahli pasukan selebihnya. Dalam kucar kacir perang, pihak
yang lebih focus dan mempunyai sasaran yang tepat pasti akan menang. Apa yang
saya maksudkan ialah pasukan tersebut menyasarkan hero yang betul dan
sepatutnya dibunuh dahulu sebelum yang lain.
Hero yang betul? Yup, dalam masa war pun perlu ada sasaran
yang betul. Secara ringkas, pasukan haruslah member keutamaan kepada hero musuh
yang paling tinggi kadar damagenya iaitu hero berperanan Attack Damage Carry (ADC)
atau pelaku damage. Jenis hero dalam kategori ini ialah marksman, asassin dan
mage. Seterusnya menyasarkan hero musuh yang rendah defense dan HP. Jenis heronya
ialah support dan fighter. Dan yang terakhir sekali ialah hero tank. Jangan sesekali
membazirkan damage dan skill kepada tank kerana ianya merugikan kerana
kebolehan mereka untuk menyerap damage yang banyak.
Selalunya tank akan mengawal sekeliling hero ADC. Ini akan
menyukarkan pasukan anda untuk mendekati pelaku damage tersebut. Salah satu
caranya ialah dengan menarik perhatian tank agar mereka bergerak kehadapan dan
membuka ruang untuk ADC pasukan anda untuk menyerang ADC musuh.
![]() |
Formasi dan tugas asas semasa war. |
Piih tempat yang sesuai untuk memulakan war. Tempat itu
mestilah memberikan kelebihan kepada pasukan anda. Contohnya kawasan dimana
musuh lebih terkepung atau kawasan dimana pasukan anda mudah untuk berundur
sekiranya masih belum cukup kuat untuk menewaskan musuh. Tempat yang sesuai
juga adalah kawasan dimana pasukan anda dapat menyorok dalam semak dan
melakukan serangan hendap terlebih dahulu dan diikuti war. Memilih tempat yang
bersemak membolehkan ADC pasukan anda mengambil peluang untuk focus menyasarkan
ADC musuh sementara ahli pasukan lain menyibukkan pasukan musuh. Elakkan war di kawasan yang tidak memberi kelebihan kepada pihak anda. Boleh lihat peta dibawah untuk memilih lokasi yang sesuai untuk memulakan war.
![]() |
Tompok-tompok hijau pekat sekitar map adalah lokasi semak-samun untuk menyorok. |
Ingat! Pelaku damage dulu! Jangan pergi geletek tank pula.
Nanti pelaku damage musuh pula yang akan mengambil kesempatan atas kesilapan
anda. Harap membantu. Selamat berjuang!!!💪
Comments
Post a Comment