Skip to main content

Mengumpul maklumat musuh dalam Mobile Legends

Maklumat mengenai pasukan musuh mampu mengubah arus perperangan. Lebih banyak maklumat yang kita perolehi lebih mudah untuk pasukan anda untuk melakukan serangan balas terhadap pasukan lawan. Sekiranya maklumat yang diperolehi pula sedikit, maka sedikitlah pilihan kaedah menewaskan musuh. Post ini akan menerangkan kaedah-kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengumpul maklumat pasukan lawan dan menggunakannya untuk menumbangkan mereka.

Terdapat banyak jenis maklumat yang boleh diperolehi daripada pihak lawan semasa bermain. Yang paling asas ialah kedudukan atau lokasi hero-hero musuh di atas peta. Cara memperolehi maklumat ini ialah dengan merujuk peta mini yang berada di penjuru atas sebelah kiri skrin permainan. Sekiranya mana-hero musuh berada berdekatan dengan unit pasukan anda sama ada hero atau minion, icon mereka akan tertera di peta mini. Namun musuh yang tidak berada dalam jarak penglihatan unit pasukan anda tidak akan muncul di peta mini. Namun begitu, anda boleh melakukan sesuatu untuk memperoleh maklumat berkenaan lokasi hero musuh. Pertama ialah menghantar ahli pasukan untuk melakukan tinjauan di kawasan musuh. Hero yang sesuai mestilah pantas bergerak dan mudah melarikan diri. Hero yang dicadangkan ialah Natalia dan Hilda. Kedua ialah menggunakan skill hero. Ada skill hero yang dapat mendedahkan lokasi musuh menggunakan skill. Hero yang dicadangkan ialah Yi Sun Shin. Skill 3 Yi Sun Shin akan mengenai setiap hero musuh yang berada atas peta dan seterusnya memberitahu lokasi mereka kepada semua ahli pasukan anda. Setelah memperolehi lokasi musuh, bolehlah anda merancang untuk melakukan tindakan seterusnya seperti gank, push turret, mengambil jungle musuh, berundur dan banyak lagi yang mungkin anda dapat fikirkan.

Seterusnya ialah maklumat mengenai hero-hero pasukan musuh. Antara maklumat yang berkaitan ialah jenis hero, skil-skil hero, kesan skil-skil tersebut dan juga kekuatan dan kelemahan hero itu sendiri. Dengan mengetahui maklumat-maklumat tadi, anda mampu berhadapan dengan pasukan lawan dengan lebih baik. Anda juga akan mampu memilih counter hero untuk sebagai cara untuk memudahkah serang balas kerana setiap hero mempunyai kelemahan. Memilih hero yang mampu menyasarkan kelemahan tersebut pasti dapat menyenangkan kerja anda dan pasukan dalam mencapai kemenangan. Cara memperolehi maklumat hero ialah dengan membaca mengenainya di skrin menu hero yang boleh diakses daripada skrin utama. Disini anda boleh melihat pelbagai maklumat mengenai semua musuh yang ada daripada skill, damage skil, kesan skil, cooldown skill dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memperolehi maklumat tambahan dengan mencuba bermain hero yang ada di mode custom atau vs a.i.. Melaluinya, anda dapat lebih memahami dengan lebih terperinci mengenai hero yang dipilih seperti pergerakan dalam peta dan kegunaan skil hero. Dengan maklumat yang ada, anda dapat membaca serangan musuh dan jugan boleh menentukan masa yang tepat untuk memulakan serangan dan bila perlu berundur.

Maklumat yang ketiga juga ialah maklumat mengenai item musuh. Ya, mengetahui item musuh juga boleh membantu anda menewaskan musuh dengan lebih mudah. Anda boleh melihat item untuk setiap pemain semasa bermain dengan menekan butang di paparan masa yang berada di atas bahagian tengah skrin. Tekan butangnya dan paparan item pasukan anda dan pasukan musuh akan tertera beserta maklumat lain. Seterusnya, anda dapat menentukan item apakah yang sesuai untuk digunakan untuk mengalahkan dan bertahan apabila berperang nanti.

Jadi itulah sedikit sebanyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk memperoleh maklumat mengenai pasukan musuh. Gunakan maklumat yang diperolehi untuk merancang dengan ahli pasukan lain dan seterusnya memberikan kejutan kepada pasukan musuh. Diharap membantu dan selamat berjuang!!!

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 