Strategi dan formasi adalah antara kunci utama untuk mencapai kemenangan menentang musuh. Pasukan yang mempunyai strategi dan formasi yang lebih baik akan mempunyai kelebihan tambahan disamping kemahiran mengendalikan hero masing-masing.
Formasi yang kerap digunakan adalah 2-1-2 dan 3-1-1. Nombor tersebut mewakili bilangan hero yang akan mengambil posisi di lorong:
ATAS(top lane)-TENGAH(mid lane)-BAWAH(bot lane).
ATAS(top lane)-TENGAH(mid lane)-BAWAH(bot lane).
Lorong yang mempunyai satu hero dipanggil solo lane. Manakala lorong yang mempunyai 3 hero dipanggil tri lane dan lorong 2 hero pula duo lane (saya rasa lah).
Solo lane selalunya diambil oleh hero yang mempunyai kebolehan untuk bertahan dan kebolehan survival yang bagus seperti tank dan assassin. Tri lane pula sering merangkumi hero jenis tank, support dan mage. Kadang-kadang mage diganti dengan mage. Duo lane pula boleh diisi oleh hero yang mempunyai damage dah crowd control yang bagus.
Namun begitu, apa yang dikatakan itu tidaklah semestinya betul untuk setiap perlawanan. Ia sangat bergantung kepada kebolehan pasukan dan juga dipengaruhi oleh hero-hero pihak lawan.
Sekiranya musuh bermain formasi 311, saya mencadangkan formasi 212 untuk menyerang balas. Oleh kerana musuh bermain tri lane, dua solo lane akan lebih terdedah kepada gang kill (gank) atau serang hendap berkumpulan atau seorang hero yang mempunyai damage tinggi (asassin disarankan). Gank lebih mudah kerana salah satu hero duo lane boleh membantu solo lane. Selepas satu hero solo musuh dibunuh, bolehlah bunuh solo hero yang satu lagi. Boleh saja meniru musuh bermain formasi 311 sekiranya pasukan anda ada yang mahir bermain secara solo. Tiada masalah. Masalahnya bila pura-pura pandai hahaha. Jadi, formasi 212 lebih selamat pada pendapat saya.
Strategi lain ialah melemahkan musuh dengan melengahkan mereka daripada naik level. Ia sangat membantu kerana damage skil-skil hero akan bertambah dengan penambahan level. Dengan melengahkan musuh naik level, damage yang dilakukan oleh musuh turut menjadi rendah dan sekiranya level hero kita pada masa yang sama lebih tinggi, pihak kita mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang perang.
Cara-cara yang boleh dilakukan untuk melengahkan musuh naik level ialah:
- mencuri jungle monster di kawasan musuh. Disamping membunuh minion, membunuh jungle monster juga dapat menyumbang experience yang banyak. Experience diperlukan untuk naik level. Lebih banyak experience diperoleh maka lebih cepat hero naik level. Sekiranya kadar experience diperoleh musuh dikurangkan, proses untuk musuh naik level lebih perlahah dan pasukan kita akan menang dari segi level.
- melakukan gank terutama pada hero musuh yang menjadi tunggak utama melakukan damage seperti mage dan marksman. Gank asassin juga boleh tetapi hero jenis asassin mudah melarikan diri menggunakan skil mereka.

- membeli barang jungle bagi hero yang akan memberi fokus pada jungle atau hero yang diberi keutamaan untuk naik level lebih cepat. Selalunya hero jenis asassin akan menggalah tugas ini kerana mereka boleh bergerak cepat disamping memiliki damage tinggi. Disarankan membeli barang jungle sehingga barang tahap kedua. Ia mempunyai kelebihan hampir sama dengan barang jungle tahap 3 tetapi lebih jimat dan mempercepatkan pembelian barang-barang lain.
Itulah antara cadangan formasi dan strategi yang anda boleh gunakan untuk memperoleh sedikit kelebihan menentang musuh. Selamat berjuang!!!
Comments
Post a Comment