Mobile Legends (ML) adalah sebuah permainan video jenis Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) 5 vs 5. Permainan MOBA dimainkan dengan para pemain dibahagikan kepada dua pasukan dan setiap pasukan diwakili 5 pemain. Pemenang perlawanan ditentukan apabila salah satu pasukan berjaya memusnahkan teras utama di pengkalan pasukan yang kalah. Contoh permainan MOBA terkenal yang lain seperti DOTA 2 dan League of Legends banyak mempengaruhi asas-asas ML.
Secara umumnya, MOBA mempunyai sebuah peta yang terdapat 3 lorong iaitu lorong atas, lorong tengah dan lorong bawah. Setiap lorong dilengkapi 3 aras menara bagi setiap pasukan. Menara-menara ini akan menyerang musuh yang menceroboh lorong kawasan pasukan. Jadi untuk menghampiri dan memusnahkan teras utama musuh dengan lebih mudah, menara-menara tersebut perlu diruntuhkan terlebih dahulu disamping berurusan dengan pemain2 pasukan musuh.
Para pemain pula akan berjuang di atas peta tadi dengan mengawal hero pilihan masing-masing. Setiap hero memiliki skil-skil tersendiri dan setiapnya ada peranan berbeza. 3 peranan yang paling asas dalam MOBA ialah tanker, carry dan support. Namun begitu, di dalam ML peranan hero-hero diperluaskan lagi seperti berikut:
-Assasin (high damage, high mobility & low durability)
-Fighter (medium damage, high mobility & medium durability)
-Mage (high damage, low mobility & low durability)
-Marksman (high damage, medium mobility & low durability)
-Support (low damage, medium mobility & low durability)
-Tank (low damage, low mobility & high durability)
Terpulang kepada ahli pasukan untuk menentukan komposisi hero pasukan masing2. Komposisi yang tepat akan menjadi faktor yang menyumbang kepada kemenangan.
Itu dia asas-asas ML. Nantikan post akan datang untuk tips-tips dan petua ML. Harap membantu dan selamat berjuang!!!
Comments
Post a Comment