Skip to main content

Kepentingan komunikasi dan CHAT dalam Mobile Legends

Selain skill, barang yang betul dan hero yang betul, komunikasi yang betul juga mampu memberikan impak besar dalam permainan anda dan pasukan anda. Komunikasi amat penting kerana dengan berkomunikasi, pelbagai maklumat penting dapat disebarkan sesama ahli pasukan. Menyampaikan maklumat juga mungkin dapat mengelamatkan ahli pasukan anda daripada diserang hendap oleh musuh.


Terdapat 3 cara untuk berkomunikasi dengan ahli pasukan. Pertama ialah menggunakan peta untuk memberi alert kepada ahli pasukan. Anda boleh melakukan ini dengan menekan butang bertanda seru(!) dibawah peta.
Butang ping map.
Selepas itu peta akan menjadi besar sedikit.
Peta besar dibuka untuk ditanda beserta icon hero musuh disebelah yang juga boleh ditekan untuk ditanda.
Daripada sini, anda boleh tekan atas peta mana-mana kawasan diatas peta dan kemudian satu alert akan ditandakan dipeta setiap ahli pasukan beserta bunyi isyarat alert anda tadi.
Map ping penanda bebas di peta kelihatan.
Selain itu ML juga memudahkan pemain untuk memberi alert dengan lebih tepat. Jika anda mahu pasukan anda menumpukan perhagian pada musuh tertentu dengan menekan icon hero musuh disebelah peta yang menyala (bererti musuh itu berada dalam jarak kawasan penglihatan pasukan anda).
Hero grock telah ditanda menggunakan peta besar tadi dan mesej dipaparkan di skrin.
Ini sangat membantu untuk merancang gank terhadap musuh. Selain itu anda juga boleh tekan icon lain diatas peta seperti turret, turtle dan lord untuk mengarahkan  ahli pasukan untuk kesana.

Cara kedua ialah dengan menggunakan QUICK CHAT.
Butang untuk mengakses quick chat.
Quick chat ialah ciri dalam ML dimana anda boleh menghantar mesej segera semasa bermain tanpa perlu mengambil banyak masa menaip menggunakan chat biasa. Anda cuma perlu menekan mesej yang anda mahu di menu quick chat.
Pilihan mesej segera dipaparkan.
Mesej-mesej quick chat boleh ditukar mengikut pilihan anda. Untuk mengubahnya anda boleh pergi ke PREP dari menu utama dan pilih CHAT.
Mesej quick chat boleh diubah disini.

Cara yang ketiga ialah menggunakan chat biasa dimana anda boleh menaip apa sahaja yang anda mahu. Namun ada perkataan yang telah di cencored. Chat biasa sesuai digunakan untuk memberi mesej lebih panjang dan tidak terdapat dalam tetapan quick chat tadi.

Kesimpulannya, komunikasi adalah antara kunci kemenangan. Dengan komunikasi, maklumat seperti pergerakan musuh, posisi musuh atau apa sahaja tentang musuh dapat disebatkan sesama ahli pasukan. Dari situ, anda bolehlah merancang lebih baik disamping melaksanakan perancangan pasukan anda dengan lebih tepat. 

Selain itu, elakkan menggunakan chat untuk mengeluarkan kata-kata negatif sama ada terhadap ahli pasukan mahupun musuh. Sekiranya pasukan anda dalam keadaan tidak baik, gunakan chat untuk menghantar mesej semangat atau cadangan untuk memperbaiki keadaan. Epic comeback itu tidak mustahil! Harap membantu dan selamat berjuang!!!💪

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 