Langkau ke kandungan utama

Catatan

TERBARU!

  A nti regen  dan shield,  item s   dan  hero  berkaitan 2023 UPDATED   Item Pernah tak korang, semasa lawan dengan enemy, dah hentam kaw-kaw tapi nyawa atau HP hero dia laju berdesup naik balik dan kesudahannya hero korang yang terbunuh manakala hero enemy pulak segar bugar HP full tank. Kalau situasi itu pernah korang hadapi, berkemungkinan besar korang tidak membeli item yang sepatutnya. Kadang kala ada item yang kita perlu beli secara manual kerana build item yang kita copy dari pemain pro tidak semestinya memasukkan items yang saya akan terangkan dibawah. Ketiga- tiga item dibawah memiliki effect yang akan memotong jumlah HP yang diperolehi melalui lifesteal dan spellvamp sebanyak 50%. item2 ini juga memberi effect yang sama terhadap shield enemy. Sangat dicadangkan untuk menggunakan atau membeli items yang dinyatakan apabila berhadapan hero yang memiliki lifesteal, spellvamp dan healing yang tinggi. Contohnya, Alucard, Ruby, Uranus, Estes dan Esmeralda.  Hero yang terkena kesan
Catatan terbaharu

Anti regen, lifesteal, spell vamp & shield (UPDATED)

Apa itu anti regen, lifesteal & shield? Seperti yang kita tahu, regeneration HP, lifesteal, spell vamp dan shield membolehkan hero untuk sustain atau bertahan lebih lama dalam permainan tanpa perlu kerap pulang ke base. Jadi saya akan menggunakan gelaran anti sustain bagi meringkaskan panggilan  untuk kebolehan ini. Ia adalah kebolehan mengurangkan keberkesanan perkara² yang disebut tadi. Sememangnya dapat menjadi counter kepada hero yang bergantung kepada keboleh² tersebut. Contohnya Alucard, Uranus dan Esmeralda. Sekiranya enemy memiliki hero² yang memiliki kebolehan regen, lifesteal dan shirld yang kuat, amat disarankan anda membeli item atau memilih hero yang bakal disebut sebentar lagi.  Icon patah hati di atas kepala Layla merupakan petanda enemy sudah terkena kesan anti sustain. Mana satu perlu dipilih? 1.Hero Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja hero yang memiliki kebolehan anti sustain iaitu Baxia. Baxia merupakan hero tank yang memiliki skill passive yan

Kepekaan peta/map awareness.

Kepekaan peta/map awareness. Apakah? ini merupakan salah satu kemahiran dalam moba. Ia adalah kemahiran menggunakan serta kepekaan peta pada skrin semasa bermain dalam mengenal pasti kedudukan musuh. Selain itu ia juga merangkumi kepekaan terhadap perkara² lain yang berlaku dalam peta seperti pergerakan minion, keadaan jungle monster serta keadaan turret musuh dan pasukan sendiri. Semua ini akan mempengaruhi keputusan perlawanan. Jadi kepekaan peta memainkan peranan yang sangat penting disamping kemahiran mengendalikan hero. Kemahiran ini memerlukan sedikit masa dan juga latihan untuk membiasakan diri. Namun ianya berbaloi dengan impaknya terhadap permainan anda. Bagaimana? Untuk menjadi mahir dengan kemahiran ini, and terlebih dahulu perlu mengetahui dan menghafal seluruh peta dan segala yang ada di atasnya termasuk semak samun. Ini dapat membantu meramal tindakan serta posisi musuh. Seterusnya anda perlu membiasakan diri untuk kerap melihat peta dan belajar untuk mengawal pergerakan

Practice Mode dan apa boleh dibuat dengannya

Practice Mode dan perkara yang yang boleh anda lakukan disitu. Butang-butang yang terdapat di dalam Practice Mode Practice mode ialah salah satu mode yang boleh anda pilih daripada menu Custom. Di dalam mode ini, anda boleh melakukan hampir apa sahaja yang anda mahu dan seberapa lama yang anda mahu sehingga anda keluar sendiri dari mode ini. Terdapat pelbagai tetapan untuk anda gunakan untuk disepadankan dengan latihan atau apa jua aktiviti menyeronokkan yang anda mahu lakukan. Secara ringkasnya, Practice mode ialah makmal untuk anda bereksperimentasi dengan hero-hero pilihan anda tanpa menyusahkan pemain lain. Saya akan beri sedikit cadangan beberapa benda yang anda boleh lakukan menggunakan Practice mode.   1. Mencuba hero baru beli   Sebaik sahaja anda membeli hero baru, anda akan perasan dipenjuru bawah terdapat butang untuk berkongsi di media sosial dan ada juga butang untuk ke mode Practice. Sangat disarankan anda menekan butang untuk ke Practice mode itu. Tekan

Blink, gerakan sekelip mata.

Skill jenis Blink dan apa yang boleh dibuat dengannya Blink adalah salah satu jenis kebolehan skill hero. Kebolehan ini membenarkan hero anda bergerak dari posisi A ke posisi B atau bagi sesetengah hero ke posisi selanjutnya dengan kepantasan yang jauh lebih cepat berbanding pergerakan biasa. Hero yang memiliki skill jenis Blink pastinya memiliki kelebihan daripada segi mobiliti atau pergerakan dalam peta. Kebiasaannya hero kelas assassin memiliki skill jenis blink namun terdapat juga hero-hero daripada kelas yang lain yang memiliki skill jnis ini. Contohnya, untuk kelas tank ialah Lolita dan untuk kelas mage pula ialah Harley. Pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan Blink ini. 1. Mendekatkan jarak dengan musuh Boleh dikatakan kesemua skill blink memiliki jarak menyasar yang panjang. Jadi, ia akan memudahkan anda untuk merapatkan jarak dengan musuh dengan segera. Ini boleh digunakan ketika anda mahu mengejar atau mahu me

Jenis-jenis Crowd Control (CC)

Jenis-jenis CC yang terdapat dalam Mobile Legend Kalian boleh mengenalpasti skill jenis CC melalui penjelasan skill hero. CC ialah merujuk kepada beberapa kesan khas yang akan dikenakan kepada hero sekiranya dihentam oleh skill tertentu yang mempunyai kebolehan CC. Setiap jenis CC memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, sesetengah jenis CC mampu menjadi counter untuk skill atau hero-hero tertentu. Selain itu CC juga digunakan untuk menghalang musuh untuk melarikan diri atau untuk memberi diri sendiri ruang untuk melarikan diri. Terdapat beberapa jenis CC dan saya akan cuba huraikan satu persatu. 1. Stun, disable & freeze Nama yang berbeza untuk kesan yang sama iaitu hero yang terkena skill yang mempunyai CC jenis ini akan terhenti serta merta dan tidak boleh bergerak langsung untuk menyerang menggunakan basic attack. Antara hero yang memiliki skill CC jenis ini ialah Aurora, Eudora dan Hylos. CC jenis ini paling sesuai untuk melakukan serangan hendap. 2. Knock u

Tips Mobile Legends: Kuasa letusan mana dengan Lightning Truncheon

Bagi pengguna hero mage, tips ini pasti berguna untuk anda sekiranya anda mahu melakukan damage yang tinggi kepada 3 musuh pada suatu masa selain daripada menggunakan skill-skill hero anda. Barang pertama yang anda perlukan ialah Lightning Truncheon. Barang ini memiliki kebolehan unik dimana setiap 6 saat, magi damage yg dilakukan akan mendapat bonus magic damage kepada 3 musuh yanh berskala dengan maximum mana hero anda. Jadi ia bermakna, lebih banyak mana, lebih banyak magic damage. Terdapat beberapa barang yang boleh meningkatkan kapasiti mana hero anda. Di bawah saya letakkan senarai barang yang anda boleh beli untuk menambah maximum mana. 1. Clock of destiny Ini adalah combo item terbaik dengan Lightning truncheon. Ia akan memberi penambahan kapasiti mana beserta 5% serangan magic. Namun anda perlu bersabar seketika kerana anda perlu menunggu untuk mendapatkan 10 stack. Anda boleh lihat berapa stack yg anda telah kumpul di ikon kecil yang terdapat bawah skrin berhampi