Ubat kuat dalam ML?!
Untuk memperkasakan hero dalam ML pembelian barang-barang
adalah harus. Namun tahukah anda selain daripada membeli senjata dan perisai,
untuk menambah kekuatan hero anda dengan membeli ubat-ubat penguat atau
dipanggil potions. Kebanyakan
perlawanan yang teah saya sertai, dilihat sangat jarang para pemain menggunakan
potions ini. Mungkin para pemain
tidak sempat untuk membeli atau mungkin juga tidak tahu tentang kewujudan potions ini. Baik, dalam post kali ini
saya akan menjelaskan serba sedikit tentang potions yang boleh anda beluntuk
lebih menguatkan hero anda. Terdapat 3 jenis potions disediakan. Setiap satu member
kesan dan penambahan kekuatan berbeza.
1.
Power
Potion
Maklumat Power Potion:
-
+30 physical attack
-
+5% physical lifesteal
Potion ini memberi manfaat untuk hero yang menyerlah melalui
serangan fizikal seperti Alucard, Saber dan Roger. Jenis-jenis hero yang sesuai
menggunakan power potion ialah fighter, assassin dan marksman. Penambahan
physical attack dan lifesteal dengan penggunaan power potion dapat meningkatkan
kemampanan hero anda terutamanya apabila hero anda telah memiliki barang
lifesteal dan attack speed yang tinggi. Pengumpul kill mesti beli power potion
ni hahaha.
2.
Magic
Potion
Maklumat Magic Potion:
-
+30 magic power
-
+5% cooldown reduction (CD)
Seperti namanya, ia member keutamaan kepada serangan jenis
magic. Jenis hero yang sesuai menggunakannya ialah mage, support dan beberapa
hero assassin. Contoh hero adalah seperti Gussion, Kagura dan Rafaela. Dengan penambahan
kuasa magic, spell akan menjadi lebih sakit disamping CD dikurangkan
membolehkan spell digunakan dengan lebih kerap pasti memudahkan pasukan anda
menewaskan musuh.
3.
Rock
Potion
Maklumat Rock Potion:
-
+500 HP
-
+15% resilience
Potion yang terakhir ini pula mengukuhkan pertahanan hero.
Jadi jenis hero yang paling sesuai menggunakan potion ini semestinya hero jenis
tank. Contoh hero pula seperti Grock, Minotaur dan Hylos. Kelebihan yang
diberikan potion ini bakal memperkasakan tembok pasukan anda semasa perang.
Apabila diserang musuh terasa seperti digaru sahaja.
Bagaimana untuk
membeli potions?
Mudah sahaja caranya. Anda perlu membuka menu shop terlebih
dahulu seperti yang ditujuk oleh Saber dalam gambar diatas. Kemudian rujuk
gambar-gambar potion sebelumnya untuk mengetahui di kategori mana potion yang
anda mahu beli berada.
Namun begitu, setiap potion mempunyai kelemahan yang sama.
Pertama, setiap potion Cuma bertahan selama 120 saat (2 minit). Kedua, hanya
satu jenis potion sahaja boleh digunakan pada satu masa. Tidak boleh over dose
ya. Ketiga, harga setiap satu potion juga agak mahal iaitu 1500 gold. Oleh itu,
pastikan anda mempunyai perancangan terlebih dahulu sebelum membeli potion.
Anda boleh beli selepas anda sudah selesai membeli barang penting atau siap
membeli set penuh barang hero anda. Selain itu sayan mencadangkan anda membelinya
apabila pasukan anda mahu mencetuskan pertembungan dengan pasukan musuh.
Jadi itu dia ubat-ubat penguat yang ada dipasaran. Penggunaan
potions tidak semestinya mengikut apa yang dinyatakan tadi. Kadang-kadang ada
situasi dimana anda perlu berfikir luar kotak dan member kejutan kepada pihak
lawan. Contohnya menggunakan Rock Potion pada hero support atau fighter supaya
mereka lebih tahan lasak dan mampu bertahan sekiranya diserang hendap atau
musuh melakukan gank. Terserah kepada anda untuk menentukan bagaimana anda
menggunakan potions. Selamat
berjuang!!! 💪
Comments
Post a Comment