Langkau ke kandungan utama

Peringatan Mesra

Dalam semangat kita bermain, harus diingat bahawa Mobile Legends: Bang Bang cuma sebuah permainan. Janganlah membenarkan sebuah permainan mempengaruhi pergaulan anda dengan orang sekeliling dan pemain lain. Terapkan semangat kesukanan kerana seperti permainan lain yang sudah pasti ada pemenang dan ada kalah. Oh, dan juga ada invalid match haha. Wujudkan suasana harmoni dan gembira dalam komuniti Mobile Legends. Elakkan mencapur adukkan isu-isu luar seperti isu politik dan agama di dalam permainan ini. Selain itu bermainlah dengan berpada-pada dan tidak melampau. Ingat! Ia cuma sebuah permainan. Jangan bermain sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita semua. Selamat berjuang!!!💪

Ulasan

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale

Tips Mobile Legends: Kuasa letusan mana dengan Lightning Truncheon

Bagi pengguna hero mage, tips ini pasti berguna untuk anda sekiranya anda mahu melakukan damage yang tinggi kepada 3 musuh pada suatu masa selain daripada menggunakan skill-skill hero anda. Barang pertama yang anda perlukan ialah Lightning Truncheon. Barang ini memiliki kebolehan unik dimana setiap 6 saat, magi damage yg dilakukan akan mendapat bonus magic damage kepada 3 musuh yanh berskala dengan maximum mana hero anda. Jadi ia bermakna, lebih banyak mana, lebih banyak magic damage. Terdapat beberapa barang yang boleh meningkatkan kapasiti mana hero anda. Di bawah saya letakkan senarai barang yang anda boleh beli untuk menambah maximum mana. 1. Clock of destiny Ini adalah combo item terbaik dengan Lightning truncheon. Ia akan memberi penambahan kapasiti mana beserta 5% serangan magic. Namun anda perlu bersabar seketika kerana anda perlu menunggu untuk mendapatkan 10 stack. Anda boleh lihat berapa stack yg anda telah kumpul di ikon kecil yang terdapat bawah skrin berhampi