Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Blink, gerakan sekelip mata.

Skill jenis Blink dan apa yang boleh dibuat dengannya Blink adalah salah satu jenis kebolehan skill hero. Kebolehan ini membenarkan hero anda bergerak dari posisi A ke posisi B atau bagi sesetengah hero ke posisi selanjutnya dengan kepantasan yang jauh lebih cepat berbanding pergerakan biasa. Hero yang memiliki skill jenis Blink pastinya memiliki kelebihan daripada segi mobiliti atau pergerakan dalam peta. Kebiasaannya hero kelas assassin memiliki skill jenis blink namun terdapat juga hero-hero daripada kelas yang lain yang memiliki skill jnis ini. Contohnya, untuk kelas tank ialah Lolita dan untuk kelas mage pula ialah Harley. Pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan Blink ini. 1. Mendekatkan jarak dengan musuh Boleh dikatakan kesemua skill blink memiliki jarak menyasar yang panjang. Jadi, ia akan memudahkan anda untuk merapatkan jarak dengan musuh dengan segera. Ini boleh digunakan ketika anda mahu mengejar atau mahu me