Apa itu anti regen, lifesteal & shield?
Seperti yang kita tahu, regeneration HP, lifesteal, spell vamp dan shield membolehkan hero untuk sustain atau bertahan lebih lama dalam permainan tanpa perlu kerap pulang ke base. Jadi saya akan menggunakan gelaran anti sustain bagi meringkaskan panggilan untuk kebolehan ini. Ia adalah kebolehan mengurangkan keberkesanan perkara² yang disebut tadi. Sememangnya dapat menjadi counter kepada hero yang bergantung kepada keboleh² tersebut. Contohnya Alucard, Uranus dan Esmeralda. Sekiranya enemy memiliki hero² yang memiliki kebolehan regen, lifesteal dan shirld yang kuat, amat disarankan anda membeli item atau memilih hero yang bakal disebut sebentar lagi.
Mana satu perlu dipilih?
1.Hero
Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja hero yang memiliki kebolehan anti sustain iaitu Baxia. Baxia merupakan hero tank yang memiliki skill passive yang dapat memberikan kesan anti sustain sebanyak 30% terhadap musuh. Jadi Baxia tidak perlu membeli sebarang item untuk mengenakan kesan anti sustain kepada enemy. Hanya perlu pastikan skill Baxia mengena pada musuh.
2.Item
Selepas beberapa update sebelum ini, terdapat sedikit perubahan pada satu item anti sustain iaitu Deadly Blade. Item ini kini telah dikurangkan harganya serta phisycal damage. Namun ia boleh dinaik taraf kepada item baru, Sea Halberd yang memiliki physical damage yang jauh lebih tinggi.
Kesan anti sustain oleh kedua² item ini hanya akan terkena pada musuh melalui basic attack sahaja. Jadi penggunaan skill yang memberi damage pada musuh tidak akan meninggalkan kesan anti sustain. Maka hero yang lebih banyak menggunakan basic attack serta attack speed sesuai menggunakan Deadly Blade dan Sea Halberd. Contohnya Karie, Roger dan Sun.
Seterusnya ialah item anti sustain yang boleh mengenakan kesan anti sustain melalui penggunaan skill damage. Ia adalah Necklace of Durance. Disamping itu, item ini juga memberi penambahan pada magic damage dan spell vamp kepada hero. Item ini sesuai digunakan oleh hero² mage dan support.
Jadi itulah dia beberapa benda yang boleh anda pertimbangkan apabila berhadapan dengan pasukan musuh yang memiliki hero yang tinggi daya ketahanan atau sustainability. Sekurang²nya ia dapat mengurangkan peluang hero musuh untuk mencapai potensi penuh dalam permainan. Harap dapat membantu anda dan selamat berjuang 💪
Comments
Post a Comment