Skip to main content

Practice Mode dan apa boleh dibuat dengannya

Practice Mode dan perkara yang yang boleh anda lakukan disitu.

Butang-butang yang terdapat di dalam Practice Mode
Practice mode ialah salah satu mode yang boleh anda pilih daripada menu Custom. Di dalam mode ini, anda boleh melakukan hampir apa sahaja yang anda mahu dan seberapa lama yang anda mahu sehingga anda keluar sendiri dari mode ini. Terdapat pelbagai tetapan untuk anda gunakan untuk disepadankan dengan latihan atau apa jua aktiviti menyeronokkan yang anda mahu lakukan. Secara ringkasnya, Practice mode ialah makmal untuk anda bereksperimentasi dengan hero-hero pilihan anda tanpa menyusahkan pemain lain. Saya akan beri sedikit cadangan beberapa benda yang anda boleh lakukan menggunakan Practice mode. 

 1. Mencuba hero baru beli 
Sebaik sahaja anda membeli hero baru, anda akan perasan dipenjuru bawah terdapat butang untuk berkongsi di media sosial dan ada juga butang untuk ke mode Practice. Sangat disarankan anda menekan butang untuk ke Practice mode itu. Tekan sahaja butang itu dan anda akan ke mode ini. Disini, bolehlah anda mencuba segala skill dan kebolehan hero itu. Dengan pergi ke mode Practice terlebih dahulu, anda sekurang-kurangnya memperoleh sedikit pemahaman dan kemahiran menggunakan hero tersebut berbanding terus membabi buta bermain bersama pemain lain sama ada di mode Classic dan Rank. Anda boleh bermain suka hati tanpa dikecam oleh pemain lain. 

 2. Memilih item build 
Di dalam mode ini, anda boleh menambah jumlah gold anda dengan segera menggunakan butang yang disediakan. Maka didalam mode Practice, anda tidak perlu risau tentang mengumpul gold. Tekan sahaja butang tambah gold sehingga mencukupi buat anda. Ini memudahkan dan mempercepatkan jual beli item. Anda dapat mencuba dan mencari kombinasi-kombinasi barangan yang padan dengan gaya permainan anda. 

 3. Mencuba blink dinding
Ini mungkim bukan sesuatu yang ramai akan buat. Tetapi saya rasa ada baiknya sekiranya saya masukkan sekali di dalam post ini. Seperti yang anda tahu, beberapa skill dan juga spell jenis blink membenarkan hero-hero menembusi dinding. Namun begitu, tidak semua skill-skil jenis blink tersebut mempunyai jarak yang sama. Selain itu dinding-dinding di dalam peta juga memiliki ketebalan yang berbeza. Oleh itu, dua faktor ini saling mempengaruhi. Anda harus mencuba untuk mengetahui skil apa boleh menembusi dinding yang mana satu. Faedah yang diperolehi ialah, anda akan bersedia dengan Exit door semasa bermain secara kompetitif. 

 4. Mengenalpasti combo skil 
Seperti butang menambah gold tadi, mode Practice juga menyediakan butang untuk meletakkan beberapa jenis bot atau boneka untuk dijadikan sasaran latihan. Menggunakan bot, anda bolehlah mengujikaji kombinasi-kombinasi skil hero dalam beberapa situasi seperti bergerak atau duduk setempat. Selain itu, anda juga boleh berlatih dan menajamkan penggunaan combo skill yang anda sudah tahu supaya dapat melaksanakannya dengan lebih sempurna dalam perlawanan sebenar.

5. Mengoptimumkan kombinasi item dan skill 
Sama seperti point sebelumnya ia itu dengan menggunakan bot, anda boleh mencuba pelbagai kombinasi. Tapi untuk point ini, ia melibatkan kombinasi skil hero dan item. Skil tertentu memiliki padanan item yang berbeza dengan skil lain. Begitu juga dengan basic attack. Pastikan anda mencuba kesemua item untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai dengan hero yang anda guna. Selain itu, bagus juga jika anda membuat item build untuk situasi-situasi yang berbeza. Contohnya item build sebagai tank atau semi-tank. 

 6. Berseronok 
Akhir sekali, anda boleh berseronok sahaja. Gunakan butang-butang yang terdapat di dalam mode Practice untuk melakukan perkara-perkara lucu dan merakamnya untuk dikongsi di media sosial. Terserah kepada anda bagaimana mahu menggunakan mode Practice. Akan tetapi pastikan ia juga turut menajamkan lagi kemahiran anda bermain Mobile Legends.

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 