Skip to main content

Kepekaan peta/map awareness.

Kepekaan peta/map awareness.

Apakah?
ini merupakan salah satu kemahiran dalam moba. Ia adalah kemahiran menggunakan serta kepekaan peta pada skrin semasa bermain dalam mengenal pasti kedudukan musuh. Selain itu ia juga merangkumi kepekaan terhadap perkara² lain yang berlaku dalam peta seperti pergerakan minion, keadaan jungle monster serta keadaan turret musuh dan pasukan sendiri. Semua ini akan mempengaruhi keputusan perlawanan. Jadi kepekaan peta memainkan peranan yang sangat penting disamping kemahiran mengendalikan hero. Kemahiran ini memerlukan sedikit masa dan juga latihan untuk membiasakan diri. Namun ianya berbaloi dengan impaknya terhadap permainan anda.

Bagaimana?
Untuk menjadi mahir dengan kemahiran ini, and terlebih dahulu perlu mengetahui dan menghafal seluruh peta dan segala yang ada di atasnya termasuk semak samun. Ini dapat membantu meramal tindakan serta posisi musuh. Seterusnya anda perlu membiasakan diri untuk kerap melihat peta dan belajar untuk mengawal pergerakan sambil melihat peta sahaja. Lakukan ini apabila musuh berada jauh dari anda. 

Anggap peta seperti cermin sisi kenderaan anda. Gunakan kepekaan peta untuk mengatur corak permainan dan memilih tindakan yang betul. Jangan lupa untuk berkongsi maklumat dengan ahli pasukan. Gunakan quick chat serta memberi notification di peta. 

Siapa?
Kemahiran ini dapat diperhebatkan lagi dengan menggunakan hero-hero tertentu. Hero yang memiliki skill yang dapat memberi penglihatan tambahan sangat adalah sesuai.
Ini kerana skill tersebut mampu untuk membuka lokasi musuh dalam peta dengan mudah dan cepat. Antara contoh hero-hero tersebut ialah Yi Sun Shin, Selena dan Aldous. Payung Kagura dan perangkap Selena apabila diletakkan di dalam semak akan mendedahkah musuh yang menyoron didalamnya. Manakala ulti atau skill ke 3 Aldous dan Yi Sun Shin serta merta menampakkan lokasi kesemua hero musuh saat skill diaktifkan. Jadi manfaatkannya untuk memberi kelebihan kepada pasukan anda. Banyakkan berlatih dan selamat berjuang 💪



Comments

Post a Comment

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 