Skip to main content

Blink, gerakan sekelip mata.

Skill jenis Blink dan apa yang boleh dibuat dengannya

mobile legends, blink, skills, saber, assassin, tips

Blink adalah salah satu jenis kebolehan skill hero. Kebolehan ini membenarkan hero anda bergerak dari posisi A ke posisi B atau bagi sesetengah hero ke posisi selanjutnya dengan kepantasan yang jauh lebih cepat berbanding pergerakan biasa. Hero yang memiliki skill jenis Blink pastinya memiliki kelebihan daripada segi mobiliti atau pergerakan dalam peta. Kebiasaannya hero kelas assassin memiliki skill jenis blink namun terdapat juga hero-hero daripada kelas yang lain yang memiliki skill jnis ini. Contohnya, untuk kelas tank ialah Lolita dan untuk kelas mage pula ialah Harley. Pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan Blink ini.

1. Mendekatkan jarak dengan musuh
Boleh dikatakan kesemua skill blink memiliki jarak menyasar yang panjang. Jadi, ia akan memudahkan anda untuk merapatkan jarak dengan musuh dengan segera. Ini boleh digunakan ketika anda mahu mengejar atau mahu melakukan serangan hendap. Ia lebih berkesan jika anda menyorok di dalam semak terlebih dahulu sebelum memberi kejutan terhadap musuh anda.


2. Melarikan diri
Sama juga seperti point nombor satu, iaitu melibatkan jarak. Sebaliknya, yang ini ialah untuk menjauhkan jarak pula. Dengan menggunakan blink skill, serta merta anda akan menjauhkan diri daripada musuh dan seterusnya memudahkan anda untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Pastikan anda tidak tersalah arah ketika menekan skill berkaitan. Tekan butang skill dan halakan kearah yang selamat sebelum melepaskan butang skill untuk mengelakkan tersalah arah dan berpotensi dirogol beramai-ramai oleh pihak lawan.


3. Menembusi dinding
Bergantung kepada jarak menyasar skill blink yang dimiliki setiap hero, hampir semuanya dapat membolehkan anda menembusi dinding2 yang berada di dalam peta. Apa yang anda perlu lakukan cuma halakan anak panah menyasar menembusi dinding. Sekiranya anak panah tersebut kelihatan menembusi dinding maka kebarangkalian untuk menembusi dinding tersebut adalah tinggi. Dengan kebolehan menembusi ini, anda boleh mengaplikasikannya untuk melakukan point nombor satu dan dua bergantung kepada kesesuaian situasi.


4. Roaming
Seperti yang dikatakan diawal tadi, skill blink memiliki jarak yang jauh dan juga pergerakan yang sangat pantas. Oleh itu, anda juga boleh menggunakanya untuk mempercepatkan pergerakan anda di dalam peta. Ini sudah pasti sangat sesuai untuk gaya permainan roaming atau merayau keliling peta sama ada untuk membantu ahli pasukan atau memburu pihak lawan. Sekiranya musuh tidak memiliki blink, sudah pasti anda akan tiba terlebih dahulu dan menjadi yang lebih pantas.


5. Mengumpan musuh
Akhir sekali, anda juga boleh melakukan umpanan terhadap musuh. Sediakan ahli pasukan anda di posisi yang sesuai untuk menyerang hendap, biasanya dalam semak, dan anda pula memancing hero pihak lawan untuk keluar daripada zon selamat mereka untuk mengejar anda. Tarik musuh kearah ahli pasukan anda yang sedang menyorok didalam semak tadi. Apabila musuh semakin menghampiri anda, pada saat yang betul anda blink ke posisi yang lebih selamat dan ahli pasukan anda bolehlah menghentam heronyang telah diumpan tadi. Disini, timing adalah sangat penting. Pastikan anda tidak terlambat.

Skill jenis blink sangat serba boleh dan pelbagai fungsi. Sedikit latihan mungkin diperlukan untuk anda lebih mudah memutuskan apa yang perlu dilakukam dengan skill blink hero anda. Selain itu, anda juga haruslah memahirkan diri membaca situasi dan pergerakan musuh. Apabila sudah mahir, tidak mustahil anda akan mampu untuk carry atau menjadi pemain utama dalam pasukan anda. Harap membantu dan selamat berjuang. 

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 