Langkau ke kandungan utama

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus.

Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda menumpaskan hero musuh yang begitu. Anti regen tidak bererti pemulihan HP musuh terus diberhentikan langsung. Ia sekadar mengurangkan kadar pemulihan HP. Terdapat dua barang yang boleh dibeli untuk membalas semula kebolehan pemulihan nyawa yang tinggi pihak musuh.

Barang yang pertama ialah Deadly Blade. 
mobile legends, deadly blade, reduces hp regen

Barang ini sesuai digunakan oleh hero yang mengutamakan serangan biasa. Ini kerana kesan barang ini aktif apabila menggunakan serangan biasa. Kesan Deadly Blade ialah mengurangkan pemulihan HP musuh sebanyak 50%. Selain itu ia juga memberi penambahan kepada physical attack dan attack speed.

Barang kedua ialah Necklace of Durance. 
mobile legends, necklace of durance, reduce hp regen

Hampir sama seperti Deadly Blade, cuma bezanya ialah kesan bagi barang ini aktif apabila menggunalan skil yang mencederakan musuh. Item ini memberi 5% pengurangan cooldown serta penambahan juga kepada kekuatan magic dan jumlah HP. Jadi sesuai digunakan oleh hero mage dan support.

Apabila kesan kedua barang ini aktif, akan muncul gambar hati merah retak di atas musuh. Jadi dengan melihat tanda itu, bererti pemulihan HP musuh sudah dipotong sebanyak separuh daripada yang sepatutnya dan bermakna lebih mudah dibunuh. Seeloknya membeli barang ini lebih awal kerana bimbang anda akan terlupa untuk membeli apabila permainan berlanjutan lebih lama.

Situasi yang sesuai untuk membeli dua barang ini ialah apabila anda berhadapan dengan musuh yang mempunyai hero yang mementingkan dan sangat memerlukan lifesteal dan spell vamp. Antara heronya ialah Alucard, Roger, Ruby, Cyclops, Kagura, Alice, Lancelot, Hayabusa, Hylos, Hilda dan Uranus. Selain daripada merujuk daripada hero, anda juga boleh mengintai barangan musuh semasa dalam perlawanan dengan membuka skrin item dan gold bagi kedua pasukan. Disitu anda bolehlah lihat sekiranya musuh ada membeli barang lifesteal dan spell vamp ataupun tidak. Anda perlulah peka tentang perkara ini kerana ia memang mampu untuk menukar arus perperangan begitu sahaja dan memberikan anda kemenangan mudah. Harap membantu dan selamat berjuang!!!

Ulasan

POPULAR

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale

Tips Mobile Legends: Kuasa letusan mana dengan Lightning Truncheon

Bagi pengguna hero mage, tips ini pasti berguna untuk anda sekiranya anda mahu melakukan damage yang tinggi kepada 3 musuh pada suatu masa selain daripada menggunakan skill-skill hero anda. Barang pertama yang anda perlukan ialah Lightning Truncheon. Barang ini memiliki kebolehan unik dimana setiap 6 saat, magi damage yg dilakukan akan mendapat bonus magic damage kepada 3 musuh yanh berskala dengan maximum mana hero anda. Jadi ia bermakna, lebih banyak mana, lebih banyak magic damage. Terdapat beberapa barang yang boleh meningkatkan kapasiti mana hero anda. Di bawah saya letakkan senarai barang yang anda boleh beli untuk menambah maximum mana. 1. Clock of destiny Ini adalah combo item terbaik dengan Lightning truncheon. Ia akan memberi penambahan kapasiti mana beserta 5% serangan magic. Namun anda perlu bersabar seketika kerana anda perlu menunggu untuk mendapatkan 10 stack. Anda boleh lihat berapa stack yg anda telah kumpul di ikon kecil yang terdapat bawah skrin berhampi