Langkau ke kandungan utama

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya.

1. Menggunakan item
Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh.
Mobile legends wizard boots

2. Menggunakan talent emblem
Terdapat beberapa talent emblem yang memberikan perolehan lebih gold. Pertama ialah talent Golden Touch daripada emblem mage.
Mobile legends mage emblem talent
Talent ini memberikan 16 gold untuk setiap minion yang dihapuskan dan kesan ini akan hilang selepas 10 minit permainan. Sekiranya anda rajin menghapuskan minion, talent ini pasti dapat mempercepatkan anda menyiapkan item anda. Seterusnya ialah talent Bounty Hunter daripada emblem assassin.
Mobile legends assassins emblem talent
Talent ini memberikan bonus 125 gold untuk setiap kill dan maksimum sehingga 1250 gold. Sangat sesuai untuk player yang mahir membunuh. Talent yang ketiga ialah Veteran Hunter daripada emblem jungle.
Mobile legends jungle emblem talent
Anda perlu menggunakan spell retribution untuk mendapatkan faedah talent ini dimana anda akan mendapat extra 40 gold apabila membunuh jungle monster yang terkena spell retribution. Oleh itu, talent ini sangat berguna kepada jungler.

3. Membunuh ketam
Jungle monsters setiap satunya akan memberi kelebihan berbeza kepada hero. Jungle monster ketam ini juga memberikan gold jika dibunuh. Namun, ia juga memberikan kesan kesan penambahan 10 gold secara berterusan dalam tempoh beberapa saat. Oleh sekiranya ada peluang, dapatkan segera ketam ini sebelum dikebas musuh.

4. Menggunakan hero tertentu
Buat masa ini, hanya ada satu sahaja hero yang memiliki kebolehan berkaitan perolehan gold. Hero tersebut ialah Nana. Passive skill Nana memberikan 10 gold kepada ahli pasukan yang berdekatan untuk setiap 10 saat. Skill ini sangat berguna sekiranya anda mahu membantu pemain carry pasukan anda segera menyiapkan set barangnya.
Mobile legends hero nana

5. Last hit minion
Yang terakhir ini agak mudah dilakukan. Namun pasti ramai tidak tahu. Apa yang perlu anda lakukan ialah melakukan pukulan terakhir membunuh minion. Anda akan perasan bilangan gold yang diperoleh adalah lebih banyak berbanding menghentam minion banyak kali sehinga mati atau dibunuh oleh ahli pasukan.

Harap membantu dan selamat berjuang!!! 

Ulasan

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me

Tips Mobile Legends: Kuasa letusan mana dengan Lightning Truncheon

Bagi pengguna hero mage, tips ini pasti berguna untuk anda sekiranya anda mahu melakukan damage yang tinggi kepada 3 musuh pada suatu masa selain daripada menggunakan skill-skill hero anda. Barang pertama yang anda perlukan ialah Lightning Truncheon. Barang ini memiliki kebolehan unik dimana setiap 6 saat, magi damage yg dilakukan akan mendapat bonus magic damage kepada 3 musuh yanh berskala dengan maximum mana hero anda. Jadi ia bermakna, lebih banyak mana, lebih banyak magic damage. Terdapat beberapa barang yang boleh meningkatkan kapasiti mana hero anda. Di bawah saya letakkan senarai barang yang anda boleh beli untuk menambah maximum mana. 1. Clock of destiny Ini adalah combo item terbaik dengan Lightning truncheon. Ia akan memberi penambahan kapasiti mana beserta 5% serangan magic. Namun anda perlu bersabar seketika kerana anda perlu menunggu untuk mendapatkan 10 stack. Anda boleh lihat berapa stack yg anda telah kumpul di ikon kecil yang terdapat bawah skrin berhampi