Jenis-jenis CC yang terdapat dalam Mobile Legend
![]() |
Kalian boleh mengenalpasti skill jenis CC melalui penjelasan skill hero. |
CC ialah merujuk kepada beberapa kesan khas yang akan dikenakan kepada hero sekiranya dihentam oleh skill tertentu yang mempunyai kebolehan CC. Setiap jenis CC memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, sesetengah jenis CC mampu menjadi counter untuk skill atau hero-hero tertentu. Selain itu CC juga digunakan untuk menghalang musuh untuk melarikan diri atau untuk memberi diri sendiri ruang untuk melarikan diri. Terdapat beberapa jenis CC dan saya akan cuba huraikan satu persatu.
1. Stun, disable & freeze
Nama yang berbeza untuk kesan yang sama iaitu hero yang terkena skill yang mempunyai CC jenis ini akan terhenti serta merta dan tidak boleh bergerak langsung untuk menyerang menggunakan basic attack. Antara hero yang memiliki skill CC jenis ini ialah Aurora, Eudora dan Hylos. CC jenis ini paling sesuai untuk melakukan serangan hendap.

2. Knock up
Hero yang terkena skill yang memiliki kesan knock up akan terangkat ke udara untuk beberapa saat dan tidak boleh melakukan apa-apa pada masa tersebut. CC jenis ini terkenal untuk mematikan skill 3 Claude. Hero yang terkenal dengan skill knock up adalah Minotaur, Jawhead dan semestinya Chou.

3. Knock back
CC jenis ini tidak akan menghentikan musuh. Fungsi utamanya ialah untuk menjauhkan atau merapatkan jarak antara hero pasukan dan musuh. Ia sangat berguna dalam situasi mengejar atau dikejar. Ia juga boleh digunakan untuk mengerakkan musuh ke kedudukan yang lebih strategik untuk dibunuh. Leomord, Kagura dan Moscov adalah antara hero yang memiliki skill jenis knock back.

4. Silence
Sekiranya hero anda terkena skill yang mengakibatkan silence, segala skill hero anda tidak akan dapat digunakan. Namun anda masih mampu untuk bergerak jadi masih terdapat sedikit oeluang untuk menyelamatkan diri. Hanya 2 sahaja hero setakat ini yang memiliki kebolehan CC jenis ini iaitu Natalia dan Minsithar. Namun silence Minsithar hanyalah untuk skill jenis blink sahaja.

5. Morph
Hanya satu sahaja hero yang memiliki kebolehan CC jenis ini iaitu Nana. Kesan morph adalah sama dengan silence tetapi dengan sedikit tambahan yang agak kelakar dimana hero tersebut akan berubah bentuk dan rupa. Ianya menjadikan skill CC jenis ini menyeronokkan untuk dimainkan namun sangat menyakitkan hati bagi pihak lawan.

6. Slow
Jenis CC yang terakhir ialah slow. Kesannya ialah memperlahankan pergerakan. Seperti CC knock back, ia sangat berguna dalam situasi mengejar atau dikejar. Antara hero yang memiliki skill untuk slow adalah Ruby, Roger dan Layla.

Kesan CC amat penting dalam permainan ini. Ia antara faktor utama yang mempengaruhi corak permainan dan kepurusan pertempuran sekiranya digunakan pada masa yang tepat pada hero yang betul. Oleh itu, pastikan hero yang memiliki skill jenis CC ada didalam komposisi pasukan anda untuk meningkatkan peluang memenangi perlawanan.
Comments
Post a Comment