Menjadi tank yang bagus
Peranan utama pemain hero jenis tank atau tanker ialah untuk melindungi damage dealer atau hero ahli pasukan yang melakukan damage tinggi. Hero tank mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk menyerap serangan musuh. Selain ketahanan tinggi, hero tank jugak sering dilengkapi dengan skil2 jenis crowd control (CC) untuk mengawal atau mengekang pergerakan musuh daripada datang dekat dan menyerang ahli pasukan anda yang mudah dibunuh. Dalam post ini, saya akan memberikan beberapa panduan untuk bermakn sebagai tank yang bagus.
1. Jangan solo.
Sebagai pemain tank. Bukan tugas anda untuk bermain secara solo. Secara idealnya, anda perlulah bermain di lorong secara duo atau trio. Boleh solo sekiranya anda bermain dengan orang yang anda percayai. Namun jika anda bermain seorang, digalakkan anda tidak bemain secara solo dalam permainan. Oleh itu elakkan bermain solo lane.
2. Bergerak dengan rakan pasukan.
Seterusnya ialah bergerak dengan ahli pasukan anda. Sentiasa ikut kemana ahli pasukan anda pergi terutama mana minit awal permainan dimana musuh selalunya akan melakukan gank awal untuk mencuri buff dan jungle monser kawasan pasukan anda. Anda sebagai bodyguard perlu sentiasa berada disisi ahli pasukan terutamanya yang bermain sebagai damage dealer kerana mereka penting dalam menumbangkan hero-hero pihak lawan. Oleh itu, sentiasa ekori ahli pasukan dan peka pergerakan mereka dalam peta. Lihat juga meter HP mereka dan juga bergerak segera sekiranya ahli pasukan meminta pertolongan. Namun sekiranya terlalu jauh dinasihatkan berhati2 kerana ahli pasukan mungkin akn mati terlebih dahulu dan anda sampai keseorangan kemudian anda pula digank. Jadi berhati-berhati dan lihat peta.
3. Utamakan pertahanan mengikut musuh. yang dihadapi
Ya, hero tank wajib membeli item pertahanan. Namun, terdapat dua jenis pertahanan iaitu pertahanan fizikal dan pertahanan magical. Jadi, anda perlu mengambil kira musuh yang anda hadapi pada awal permainan. Sekiranya dilorong anda bertemu dengan Harley sebagai contoh, item pertahanan magical oerlu diutamakan dahulu keranan Harley melakukan damage jenis magical dan item pertahanan fizikal tidak dapat menangkis serangan jenis magical. Oleh itu jangan cuma bergantung kepada satu set item. Belajar membeli secara manual di menu kedai. Oleh itu, belajar menyesuaikan item pertahanan mengikut musuh.
4. Awasi damage dealer musuh.
Hero damage dealer seperti marksman, asassin dan fighter akan selalu mencuba untuk membunuh ahli pasukan yang lemah pertahanannya. Maka dengan adanya anda dapat membantu mereka bertahan lebih lama dan farm dengan lebih selamat. Antara cara untuk melakukannya ialah dengan melihat peta dan memberi alert atau amaran kepasa ahli pasukan. Jangan hanya diam sahaja jika nampak musuh dalam jungle pasukan anda. Beritahulah yang lain supaya dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu serta mengelakkan mereka kena gank.
5. Guna CC dengan betul.
Sepertimana telah diberitahu di atas, hero tank memiliki skill CC. Kebanyakan skill CC ini boleh menghentikan atau stun musuh untuk beberapa saat. Namun begitu, anda perlulah menggunakan stun pada situasi yang sesuai dan pada sasaran yang betul. Stun minion adalah contoh stun yang tidak bagus dan membazir terutama dalam pertembungan dengan pasukan musuh. Pilih keutamaan hero musuh yang perlu dihentikan dan kunci sasaran padanya. Selalu yang perlu dihentikan adalah hero yang lembut sepertu assassin, marksman dan mage. Fighter boleh juga. Seperti saya kata, situasi dan sasaran yang betul. Simpan skill anda untuk hero musuh dan bukan minion. Gunakan sahaja skil lain untuk membunuh minion atau jungle monster.
Saya harap panduan yang saya berikan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menjadi tank yang lebih bagus dan disayangi ahli pasukan anda. Terima kasih kerana sudi membaca. Selamat berjuang!!! 💪
Comments
Post a Comment