Skip to main content

Tips untuk menaiki rank dalam Mobile Legends

Tips penting untuk menaiki rank dalam Mobile Legends

1. Kuasai sekurangnya 2 heroes untuk setiap jenis hero
Menguasai hero adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang memenangi pertarungan. Namun begitu, untuk terus menaiki rank dalam Mobile Legend tidak akan menjadi lebih mudah dengan hanya mahir satu hero sahaja. Kerana anda berkemungkinan tidak dapat menggunakan hero tersebut. Boleh jadi hero tadi dipilih oleh musuh atau rakan pasukan dan banned. Oleh sebab itu, kuasai dua atau lebih hero untuk setiap kelas. Ini juga membantu dalam membaca gerak geri musuh kerana anda sudah biasa dengan peranan-peranan hero yang ada dalam Mobile Legends. Oleh itu, jangan hanya bergantung pada satu hero sahaja dan merungut apabila tidak dapat menggunakannya.

2. Bermain dengan rakan
Bermain dengan rakan banyak faedahnya. Paling jelas ialah anda dapat berkomunikasi dengan baik jika bermain dengan rakan anda terutamanya apabila anda dan rakan anda duduk bersebelahan. Bermain dengan rakan juga dapat mengurangkan risiko mendapat ahli pasukan yang membebankan dengan tindakan seperti berebut hero, berebut buff, feed dan tidak lupa, AFK. Tidak mengapa sekiranya anda dan rakan anda tidak sehebat pemain lain. Anda boleh berlatih dengan rakan anda dan bermain bersama dengan kerap akan meningkatkan kemahiran kerjasama berpasukan antara anda dan rakan anda. Itu lebih bagus daripada mahir dan bermain seorang diri. Cipta combo dan strategi bersama rakan kemudian gunakan melawan musuh.

3. Peka dengan peta
'Map awareness' atau kepekaan peta ialah satu kemahiran yang mana jika dikuasai akan mampu meningkatkan peluang anda untuk memenangi perlawanan. Biasakan diri anda untuk kerap melihat peta dan memerhatikan kedudukan musuh. Selain itu kemahiran ini juga dapat memudahkan anda untuk membaca pergerakan musuh dan seterusnya bertindak terlebih dahulu sebelum musuh anda. Tambahan lagi, dengan kepekaan peta juga anda boleh memberi amaran jika mereka dalam kedudukan bahaya dan arahan kepada ahli pasukan yang lain sekiranya mahu melakukan gank atau serang hendap dan sebagainya. Oleh itu, sentiasa sensitive terhadap peta dan gunakannya untuk merancang permainan anda dan pasukan.

4. Jangan guna set barang yang sama
Saya merasakan perkara ini jarang dilakukan para pemain selain pemain profesional. Saya pasti ramai pemain hanya menggunakan set yang sama semasa bermain. Jika ada penukaran pun cuma menukar set yang ada atau mengambil set daripada pemain pro. Ya, set barang tersebut mungkin berkesan. Namun, tidak semestinya untuk setiap perlawanan. Anda perlu menyesuaikan barang hero dengan hero2 musuh supaya serangan dan pertahan anda lebih efektif. Biasakan untuk membeli barang secara manual di kedai barang. Cara mudahnya ialah dengan membuka menu kedai, pilih barang yang sesuai dan tekan butang 'prioritize'. Maka selepas itu barang yang keluar di skrin akan mengutamakan barang yang anda pilih tadi daripada mengikut set yang anda gunakan.

5. Ketahui meta hero dan counter hero
Dalam Mobile Legends, ada beberapa hero yang lebih jelas kekuatan mereka berbanding hero yang lain. Dengan menggunakan hero-hero ini, mendapatkan kemenangan adalah lebih mudah. Selain daripada menggunakan meta hero, anda juga perlu tau kelemahan untuk setiap hero. Kemudian gunakan hero-hero yang memiliki skill yang dapat memanfaatkan kelemahan hero tersebut. Mengalahkan musuh menjadi jauh lebih mudah.

6. Fahami musuh
Point ini adalah gabungan point no.3,4 dan 5. Sekiranya anda mahir 3 point tersebut, anda akan dapat memahami pihak lawan dengan lebih baik. Anda akan lebih senang untuk mengesan kelemahah musuh dan seterusnya tahu bagaimana untuk bertindak balas. Tidak semestinya anda dapat menguasai kemahiran itu semua dengan sekelip mata. Banyakkan latihan dan asah kemahiran anda di mode classic, vs a.i. ataupon mode custom. Jangan mencuba di rank sekiranya anda sayangkan bintang anda.

7. Jangan bermain dengan emosi tapi bermain dengan otak
Adat bermain ada kalah ada menang. Sekiranya pasukan anda berada dalam kedudukan tertekan, elakkan daripada dikuasi emosi. Kekalkan diri anda dalam keadaan tenang. Cari jalan untuk menukar arus perlawanan. Bermain dengan keadaan mara hanya menumpulkan kemahiran anda terutama kemahiran berpikir anda. Tenangkan emosi, tingkatkan prestasi dan naik rank tinggi lagi.

8. Jangan mudah menyerah
Akhir sekali, teruskan berjuang sehingga akhir perlawanan dan jangan mudah mengalah. Walaupon turret pasukan kesemuanya musnah tidak semestinya bermakna pasukan anda sudah pasti kalah. Selagi turret besar tidak musnah selagi itu anda berpeluang untuk menang. Tambahan lagi, elakkan daripada mencarut dan bergaduh dengan ahli pasukan. Sebaliknya, berikan kata2 semangat dan naikkan keyakinan mereka. Sekiranya ada ahli pasukan AFK, maka cuba bermain secara bertahan dan selamat. Anda juga janganlah AFK ya. Legend sebenar berjuang sehingga keakhirnya dan buka pengalah.

Harap tips-tips yang saya berikan dapat membantu anda semua dalam menaiki rank Mobile Legends dan menjadi pemain handalan nanti. Selamat berjuang!!!

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 