Bermula season baru ini, terdapat banyak pembaharuan dan perubahan terhadap barang-barang hero. Untuk post ini saya mahu memberi fokus kepada satu item ini yang saya dapati sangat menarik dan menyeronokkan juga. Ia adalah item movement iaitu Rapid Boots.
Dahulunya Rapid Boots hanya menawarkan penambahan kepantasan sebanyak 50 points sahaja. Tidak terlalu banyak beza dengan kasut yang lain iaitu penambahan sebanyak 40 points. Namun update yang baru telah memberi nafas baru dan kebolehan yang lebih menarik dan lebih penting, lebih berguna tehadap Rapid Boots. Kini selepas kemaskini permainan, kasut laju ini penambahan kelajuan sebanyak dua kali ganda iaitu sebanyak 100 points. Laju gila! Seperti hero dipasangkan turbo. Namun begitu, kekurangannya ialah kelajuan turbo tadi akan berkurang ke 55 points selama 5 saat sekiranya hero anda terkena serangan ataupun menerima damage.
Akan tetapi, sekiranya digunakan dengan betul serta hero yang sesuai, Rapid Boots pasti dapat mempercepatkan pasukan anda menggapai kemenangan. Rapid Boots sangat sesuai untuk gaya permainan yang pantas dan kerap bergerak sekeliling peta untuk melakukan rotation, gank dan pelbagai lagi taktik yang memerlukan daya pergerakan yang tinggi. Bagi saya, apa saja jenis hero boleh mengunakan kasut ini namun haruslah kena pada situasi dan gaya permainan anda dan pasukan anda.
Saya seorang pemain tank dan secara peribadi saya gemar menggunakan Rapid Boots kerana ia mempercepatkan pergerakan hero tank yang agak perlahan. Dengan ini saya dapat segera membantu rakan dan melarikan diri. Saya juga yakin anda semua sudah tahu hero Grock sangat sesuai menggunakan Rapid Boots kerana skil pasifnya. Cubalah sendiri! Harap membantu dan selamat berjuang!!!
Comments
Post a Comment