Skip to main content

Cara untuk menyasar dengan lebih baik dalam Mobile Legends


Menyerang adalah perkara asas dalam permainan ini. Terdapat beberapa jenis sasaran yang boleh diserang. Secara asasnya, hero akan menyerang dan memilih sasaran secara automatik. Namun dalam situasi tertentu anda akan perlu menyasar dengan lebih tepat. Contohnya, semasa war atau clash apabila ramai hero terlibat dan anda mahu menyasarkan hero musuh yang tertentu. Jadi anda perlu mempertingkatkan teknik menyasar anda daripada hanya bergantung dengan menyasar secara automatik supaya setiap serangan anda lebih berkesan dan tidak membazir. 

Ada beberapa kaedah menyasar yang disediakan oleh Mobile Legends. Setiap kaedah memberi bantuan dalam menyasar lebih tepat berbanding menyasar secara automatik. Penggunaan kaedah-kaedah ini mungkin berbeza mengikut kesesuaian situasi. Oleh itu, banyakkan berlatih supaya dapat membiasakan diri menggunakan kaedah menyasar yang disediakan.

Kaedah yang pertama ialah menggunakan tetapan ‘advance aim mode’. Tetapan ini boleh diakses di dalam setting bahagian controls.
Dengan menggunakan tetapan ini anda akan dapat melihat ada dua butang tambahan kecil disebelah butang serang yang besar. Dua butang tersebut ialah butang menyasar turret dan menyasar minion atau monster. Dua butang ini sangat berfungsi semasa anda melakukan tekanan kepada turret pihak lawan atau dengan kata lain turret push. Ini kerana semasa push turret, anda akan bersama minion dan minion musuh juga selalunya. Sementara minion bertarung sesama mereka sekiranya didalam kawasan turret, anda boleh mengambil kesempatan menyerang turret musuh. Butang ini juga dapat membantu anda mendapatkan last hit kepada minion. Last hit akan memberikan lebih banyak gold dan mempercepatkan farming item.

Kaedah kedua ialah menggunakan tetapan hero lock. Tetapan ini juga boleh diakses di setting dibawah controls.

Setelah itu, setiap kali ada hero musuh berdekatan anda, icon kecil akan muncul berhampiran butang serang. Sekeliling icon tersebut juga ada meter hijau yang menunjukan HP hero musuh tersebut. Anda Cuma perlu menekan icon tadi untuk mengunci sasar. Hero yang telah dikunci sasar akan ada gambar kunci di iconnya. Faedahnya anda boleh mengetahui ada hero berhampiran hanya dengan melihat kemunculan icon kecil tadi. Selain itu, ia memudahkan anda menyasar musuh semasa perang atau pon semasa melakukan gank. Ini kerana ada kemungkinan anda akan menyasar minion daripada menyasar musuh sekiranya tidak mengunci sasaran dan ini akan mensia-siakan skil hero anda.

Jadi, cubalah gunakan kaedah menyasar yang disebut tadi. Dengan menyasar lebih baik, ia akan membantu meningkatkan kadar kejayaan serangan anda. Dinasihatkan anda supaya berlatih terlebih dahulu di mod custom dan mod vs a.i terlebih dahulu. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 