Crowd Control (CC) adalah antara jenis atau kesan skil hero. Seperti namanya, fungsi CC adalah untuk mengawal pergerakan hero musuh melalui pelbagai kesan tertentu yang terdapat pada skil tertentu. Antara kesan-kesan CC adalah seperti:
-Stun
-Knock up
-Silence
-Transformed
-Disabled
Kesan-kesan tersebut membuatkan hero anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk tempoh masa tertentu mengikut skil hero yang melakukan skil tersebut. Kesannya, hero anda akan terdedah kepada serangan musuh dan berpeluang untuk dibunuh. Namun begitu, kesan CC boleh dielakkan dan dikurangkan dengan menggunakan battle spell, talent emblem, item dan skill hero tertentu.
Beberapa hero mempunyai skil yang membolehkan mereka mengelak dan membebaskan diri daripada CC. Antara hero tersebut ialah Diggie, Chou, Zilong, Martis, Akai, Grock dan Zilong. Majoriti hero-hero tersebut sangat sesuai untuk menjadi hero barisan depan semasa war kerana keboleh mereka bertahan dengan CC.
Bagi battle spell pula, ada satu spell yang boleh menghapuskan kesan CC apabila ianya diaktifkan. Spell itu ialah spell Purify. Namun ia cuma bertahan untuk 1 saat dan mempunyai cooldown selama 110 saat. Jadi ia tidak boleh digunakan dengan kerap. Anda perlu mahir dalam menentukan masa dan keadaan yang sesuai untuk menggunakan spell ini dan jika tidak, ia akan sia-sia dan membazir sahaja.
Seterusnya ialah menggunakan talent daripada emblem. Talent yang sesuai untuk mengurangkan kesan CC terdapat pada emblem fighter. Bagi saya ia adalah munasabah kerana pejuang di barisan hadapan lebih memerlukan kebolehan ini. Kadi talent tersebut adalah talent yang ke 3 bagi emblem fighter. Ia diberi nama Steady Like A Rock. Talent ini memberikan kebolehan mengurangkan tempoh CC sebanyak 50% untuk 2 saat beserta cooldown selama 10 saat. Boleh tahan bukan? Sekiranya anda suka melakukan terjahan dulu semasa berperang, mungkin anda boleh pertimbangkan talent ini.
Akhir sekali ialah menggunakan item. Dalam semua item yang ada, saya cuma menemui satu sahaja item berkenaan CC dan ianya adalah but. Anda boleh menemui item ini dibawah kategori item Movement. Nama item ini ialah Tough Boots. Ia memberikan hero anda kebolehkan mengurangkan tempoh dikawal CC sebanyak 25% disamping penambahan kepantasan pergerakan sebanyak 40 point dan magic resistance sebanyak 22 point. Oh ya, but ini juga merupakan item movement yang paling mahal dengan harga 890 gold.
Jadi itulah dia beberapa cara untuk berhadapan dengan CC dalam Mobile Legends. Mungkin anda boleh membuat combo menggunakan cara-cara diatas untuk membuatkan hero anda lebih kalis CC. Harap membantu dan selamat berjuang!!!
Comments
Post a Comment