Skip to main content

Hero kegemaran dalam Mobile Legends: Jawhead



Setakat ini, saya mempunyai beberapa hero kegemaran dalam Mobile Legends. Ada hero yang saya minati kerana rupanya dan ada yang saya minati kerana kebolehannya dalam permainan. Kali ini saya mahu bercakap tentang salah satu hero kegemaran saya iaitu Jawhead. 

Jawhead ialah hero jenis fighter. Namun saya lebih gemar menggunakan dia sebagai tanker kerana saya lebih selesa bermain sebagai tank dan support. Jawhead sangat sesuai dengan gaya bermain saya. Semi-tanker juga sangat sesuai dengan Jawhead bagi saya. 

Saya sangat suka set skill yang dia ada kerana kepelbagaian kegunaan yang boleh dimiliki terutamanya skill 2. Dengan skill 2, saya boleh bergerak lebih pantas yang mana boleh digunakan untuk mengejar atau melarikan dirj daripada musuh. Selain itu skil kedua Jawhead akan memberi perisai apabila diaktifkan memberikan keselamatan tambahan semasa berhadapan dengan musuh. Kebolehan skill 2 jawhead yang paling saya suka ialah kebolehan untuk melontar sesiapa yang berdekatan tidak kira unit pasukan saya ataupun musuh. Yang bagusnya melontar hero pasukan sendiri tidak akan mencederakan rakan kita itu dan ini boleh dimanfaatkan untuk mengejar musuh, melakukan gank dan juga menyelamatkan rakan pasukan. 

Skil 1 pula boleh digunakan untuk menggantikan serangan biasa. Ini kerana apabila level skil ini bertambah, kepantasan serangan roket skil 1 juga akan bertambah tanpa perlu membeli sebarang item attack speed. Skil 1 sesuai digabungkan dengan skill 2 untuk menakutkan musuh atau mengacah musuh dan sekiranya musuh berada dalam jarak serangan maka bolehlah melakukan terus serangan combo skil-skil yang ada mengikut kesesuaian keadaan. 

Skil 3 Jawhead boleh dikatakan hampir serupa dengan skil 3 Grock. Jawhead meluru kearah musuh yang dah dikunci sasaran kemudian mengenakan damage kepada hero tersebut dan sekelilingnya. Skil 3 sesuai digunakan untuk memulakan gank dan diikuti combo dengan skil 2 dan skil 1.

Bagi saya, Jawhead juga merupakan hero yang sesuai untuk melakukan solo split push. Seperti yang dikatakan diatas, Jawhead memiliki peralatan yang membolehkan dia bergerak pantas dan menyerang dengan pantas menggunakan skilnya. Jadi kebolehan itu sesuai bagi hero yang boleh melakukan split push. 

Jadi itu dia salah satu hero kegemaran saya, Jawhead. Anda juga boleh cuba menggunakan Jawhead seperti mana saya ceritakan diatas. Ataupun menggunakannya dengan cara anda sendiri. Bagi saya Jawhead adalah hero yang seronok digunakan. Terima kasih kerana membaca. Selamat berjuang!!!

Comments

POPULAR

Cara untuk mengurangkan pemulihan HP musuh dalam Mobile Legends!

Dalam permainan Mobile Legends, pemulihan HP sangat penting pada hero untuk memastikan tekanan berterusan dapat diberikan kepada kepada pihak musuh. Ini kerana pemulihan HP yang tinggi membolehkan hero memulihkan HP tanpa perlu pulang ke base. Anda cuma perlu menyerang musuh, minion dan juga membunuh jungle monster. Beberapa jenis item dapat mempertingkatkan pemulihan HP hero dengan kebolehan lifesteal dan juga spell vamp. Peratusan pemulihan HP untuk setiap serangan berbeza bagi setiap barang tersebut. Selain itu ada beberapa hero yang boleh meningkatkan pemulihan nyawa menggunakan skil. Contohnya Hylos, Alice dan Uranus. Namun fokus untuk post ini adalah untuk menerangkan cara bagaimana untuk membendung musuh daripada mengambil manfaat daripada kaedah-kaedah pemulihan HP tadi. Ini kerana musuh yang memiliki pemulihan HP selalunya agak sukar untuk dibunuh terutamanya hero asassin dan fighter. Oleh itu barang yang saya suka panggil sebagai anti-regen dapat membantu anda me...

Cara untuk mengumpul gold lebih cepat dalam Mobile Legends

Gold dalam Mobile Legends merupakan antara element utama dalam setiap perlawanan. Umumnya, gold diperlukan untuk memberli sesuatu barang dengan kadar harga tertentu. Secara asas, gold dikumpul dengan menumpaskan hero musuh, memusnahkan tower, membunuh jungle monster dan menghapuskan barisan minions. Namun begitu, dengan sedikig pengetahuan dan kemahiran, anda mampu meningkatkan lagi kadar perolehan gold dalam perlawanan. Dalam post ini saya akan memberikan beberapa cara anda boleh melakukannya. 1. Menggunakan item Item yang boleh membantu anda mengumpul gold dengan lebih cepat ialah Wizard Boots. Boots ini akan memberikan 80 gold untuk setiap assist yang anda lakukan. Selain menambah 40 kelajuan pergerakan, ia juga memberikan extra 300 hp kepada hero. Jadi, ianya sangat sesuai dengan gaya permainan sebagai support dan tank. Hero jenis lain juga boleh menggunakannya cuma perlu melihat kesesuaian situasi dan pasukan musuh. 2. Menggunakan talent emblem Terdapat beberapa tale...

Cara untuk immune dicampak Jawhead pasukan sendiri

Seperti yang kita tahu, skill kedua hero Jawhead membolehkan dia mencampak hampir semua unit dalam peta kecuali lord dan turtle. Skill ini sangat berguna sama ada untuk gank musuh ataupun menyelamatkan ahli pasukan. Bergantung kepada situasi. Namun begitu, kadang kala kita akan bertemu pemain Jawhead yang sengaja membaling kita ke turret musuh atau ke arah pasukan musuh tanpa kerelaan kita. Perkara seperti ini sangat menjengkelkan dan mengganggu mood permainan kita. Sebelum ini tiada cara untuk mengelakkan masalah ini. Namun kini, sudah ada penyelesaiannya. Penyelesaian maaalah ini ialah dengan membeli potion khusus di menu shop item. Potion ini beharga 0 gold. Ya, ia percuma. Sangat mudah bukan? Jadi, sekiranya anda tidak mahu dilambung Jawhead pasukan anda, pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan potion ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!! 