Dalam post ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai satu lagi hero kegemaran saya iaitu hero jenis mage, Vexana dan kenapa saya gemar menggunakannya. Vexana memiliki set skill yang sangat bagus untuk memberi tekanan dan mengganggu musuh. Namun begitu kelemahan terbesarnya sudah pastilah pergerakannya yang perlahan dan tiada skill untuk memudahkannya untuk melarikan diri terutama daripada hero asassin. Tetapi masih ada cara untuk mengurangkan sisi lemah Vexana.
Vexana mempunyai 3 skil dan 1 skil pasif. Pasifnya ialah meletakkan tanda kepada setiap musuh yang terkena serangannya tidak kira melalui serangan skil ataupun serangan biasa. Dan apabila musuh yang ada tanda tadi dibunuh, ia akan meletup dan melakukan damage kepada musuh lain yang berhampiran. Jadi pasif skill ini sangat berguna jika digabungkan dengan skilnya yang lain kerana ia memberikan damage tambahan.
Skil pertamanya ialah skill jenis crowd control dimana Vexana akan melakukan serangan lurus kedepan dan musuh yang terkena serangan ini akan berpusing setempat untuk beberapa saat. Skil ini berguna semasa melakukan gank, semasa war dan juga apabila musuh mahu menghampiri Vexana. Tepek sahaja skil ini kepada musuh dan lihat mereka berpusing pening. Skil kedua Vexana pula memberi damage pada kawasan yang disasarkan. Skil ini adalah skil yang sangat berguna dan berkesan untuk menghapuskan barisan minion dengan cepat tambahan pula dengan kesan skil pasif Vexana. Skil ketiga pula akan meletakkan tanda sumpahan kepada satu hero yang disasarkan dan beberapa saat selepas itu satu boneka menyerupai musuh itu akan muncul. Skil ini sangat seronok kerana ia juga akan memiliki kebolehan hero yang disumpah tadi. Namun boneka ini tidak boleh menggunakan skil. Jadi disarankan menyasar hero musuh yang mempunyai serangan biasa yang kuat dan juga hero tank musuh.
![]() |
Skil pasif Vexana |
![]() |
Skil pertama Vexana |
![]() |
Skil kedua Vexana |
![]() |
Skil ketiga Vexana |
Saya menggunakan Vexana dan bermain fokus untuk push turret. Pada awal permainan, pilih skil kedua terlebih dahulu untuk segera menghapuskan minion dan memusnahkan turret pertama. Selepas itu boleh bergerak membantu rakan di lorong lain dan kembali semula menghapuskan minion. Upgrade skil kedua apabila boleh dan juga skil ketiga. Guna skil ketiga sekerapnya untuk memastikan anda sentiasa ada bodyguard dan membantu anda melakukan tekanan dan push turret. Apabila ada musuh cuba menghampiri anda, gunakan skil 1 untuk berhentikan mereka dan combo dengan skil kedua. Sama juga semasa war atau gank. Untuk keselamatan, jaga jarak dengan musuh dan hantar sahaja boneka anda untuk bertarung. Berundur jika boneka tiada dan tiada rakan berhampiran. Jangan lupa panggil rakan pasukan jika perlu bantuan. Gunakan spel flicker sebagai jalan keluar daripada situasi tidak diingini.
Item yang saya gunakan untuk Vexana pula memberi pengurangan cooldown dan bekalan mana yang mencukupi untuk Vexana kekal berada di lorong dan menyerang musuh. Saya juga menggunakan emblem mage dan talentnya yang pertama kerana ia memberikan pemulihan HP dan MANA dengan membunuh minion. Bagi saya ia sangat sesuai dengan skil Vexana yang begitu mudah menghapuskan barisan minion. Selain itu saya juga memaksimakan pemulihan MANA dan pengurangan cooldown pada set emblem tadi. Jadi, saya tidak perlu pulang ke base dengan kerap. Kesannya saya boleh farm dengan lebih cepat.
![]() |
Set item yang digunakan |
![]() |
Set emblem yang digunakan |
Itu sahaja untuk post kali ini. Harap membantu dan selamat berjuang!!!💪
Comments
Post a Comment